Cinta Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Apple of My Heart..

Lilypie Third Birthday tickers

Permata hati mama n ayah.. ;)

Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, December 29, 2010

I'm a diploma holder now.. :)

Salam to all readers.. sudah lama aku mendiamkan diri dalam dunia berblogging nie.. dari sehari ke sehari niat hati ingin mengupdate blog tapi penyakit ketandusan idea n penyakit M membuatkan aku lebih suke mendiamkan diri.. konon.,,.. hhehe. tapi still tiap2 hari tgk blog.. n berblog walking ke blog mommies yg lain..itu mesti. cam best plak baca entry org lain. hehe. Ok.. mesti pelik tgk tajuk kat atas tu eh.. diploma holder la plak.. hehe.. sebenarnya nak kasi tau damia dah nak menginjak ke usia 6 bulan 5 januari nie. n secara x langsung aku berjaya melepasi stage pertama penyusuan susu ibu.. yeay.tepuk tangan ke atas diri sendiri..okeh. bukan nak berlagak atau apa ye kepada mommy lain.. tapi juz ingin memotivasikan diri sendiri.. hehe. dan.. dan secara x langsung aku ingin menyertai contest yang dianjurkan iaitu "MY BREASTFEEDING HEAVEN CONTEST" .




-----TEMAN RAPAT SAYA..MANA2 PERGI KENA BWK DIA K.. JASAMU DIKENANG-->


AS a starter, bagi aku la kan menyusukan anak secara eksklusif bagi ibu yang bekerjaya amat-amatlah mencabar. tambah-tambah bagi aku yang bekerja sebgai jururawat di hospital gomen.. so kebzan dan kepenatan adalah di tahap maximum k..so secara x langsung sesi mengepump semasa bekerja hanyalah dapat dilakukan sekali shja or kalau wad bz sgt.. mmg balik dari keja baru dpt pump.. masa tu mmg cik B nie bengkak k. so apa yang aku buat kalo shift pagi.. aku akan make sure pump dlu.. terpaksa la bgun awal k.. itu aku x kisah dah.. lagi2 single parent cam aku nie.. mmg x cukup rehat. alhamdulillah.. so far.. okay.. pengeluaran susu masih lagi di tahap yang memuaskan. Damia x penah lak mengamuk sbb x cukup susu ke apa,. cuma skrg da xdpt kumpul stok EBM byk2 cam dlm pntg dlu..huhu. tp xpe,. aku akn buat balik stok tu.. x mau malas2 lagi k!!

Time damia menginjak ke usia 3 bulan.. aku diarahkan untuk mengikuti kursus induksi di pulau pangkor.. selama 2 minggu.. time tu rasanya mmg betul2 aku dicabar sbb stok EBM damia hanya dapat bertahan selama seminggu shja.. separuh EBM aku dalam 40 pek rosak sbb cair.. time tu x perasan peti ais x on,.huhu.. berjurai air mata tgk ebm yg rosak tu.. huhu. perasaan berbelah bahagi tinggalkan anak yg masih menyusu tu jgn ckp lah.. nak mintak tagguh x bleh.. jadi aku hanya mampu bertawakal dan berdoa agar rezeki untuk damia ada... sepanjang aku kat pangkor.. dlam sehari aku akan pump 5 kali.. tersengguk2 pump time malam sbb breast da penuh.. then aku tebalkan muka tumpang kat peti ais aiskrim kat kitchen hotel.. hehe.. hari2 aku akan bawak trun 5-6 pek setiap satunya 8-9 oz.. time tu gembira x terkata sbb dapat kumpul EBM byk2.. hujung minngu adalah sesi penghantaran susu dari pangkor ke teluk intan.. mak aku kata macam misi bantauan ke GAZa sudah..hehe. aku guna kotak polistrin yg isi ikan tu.. letak ais byk2 n letak garam supaya ais x ,mencair dgn cepat.. alhamdulillah.. sepanjang aku aku kat pangkor damia masih minum susu ibu.. :)
Yang lawaknya.. time merayau2 cari kotak polistrin bersama apek pemandu van.. die bleh tanya.. mau isi ikan ka?? Aku ckp xlah,. mau isi susu.. mau hanta pada anak kat teluk intan.. yg x bleh blah tu die bleh tanya balik.. apesal mau anta susu?? kat teluk intan xbleh bancuh susu ka?? Kitaorg bantai gelak.. then aku jwb..SUSU BADAN la uncle.... hehe..

Sepanjang aku struggling breastfeed nie.. seringkali jugak aku ditanya pelbagi persoalan.. ada jugak yg positif dan ada jugak yang negatif.. yg paling syok skli.. time kat pangkor,.. ramai para ibu yang tanya macam mana aku bleh menyusukan anak secara ekslusif.. dari A-Z aku akan cerita n berkongsi ilmu.. mmg penat jugaklah bile setiap kali bertemu muka.. akan adanya petanyaan susu ibu.. hehe. sampai roomate aku kata.. ko nie dah bleh jd pakar laktasi.. aminn.. ilmu kalo dikongsi lagi berkat.. ye x? then kalo kat wad, membe2 akan bertanya ko makan apa bagi susu badan byk?? bdn kecik je..secara jujurnye aku x makan pa pe.. cuma tips yg ada kena slalu kosongkan breast n minum air byk.. insyaAllah.. Susu ibu adalah hak anak.. so tunaikan lah tggungjwb kiter sbgai ibu sebaik-baiknya.

GAMBAR SELINGAN...



Time nie dalam pantang.. ajar die minum EBM dari botol.. alhamdulillah xde nipple confusion.. so far die bleh terima.

Mugkin bagi ibu yang tidak berjaya menyusukan anak secara ekslusif bleh mengambil iktibar atau menambah lagi ilmu dalam dunia susu ibu. INsyaAllah.. berkat ketekunan, sabar, takawal dan sering memotivasikan diri sendiri adalah antara kunci kejayaan bagi ibu-ibu diluar sana yang berjaya menyusukan anak sepenuhnya. dan yang gpenting.,jgn putus asa.. dan sila buang penyakit M tu yer.. hehe. BAgi mommy to be. cedoklah ilmu breastfeeding sebyk2nya.. dalam dunia siber.. susu ibu.com, byk membincangkan tentang penyusuan susu ibu.. apa yang saya buat sejak preggy lagi adalah menjadi pengujung tetap susu ibu.com, berhubung secara email dgn pakar laktasi, dan membeli buku penyusuan susu ibu bagi ibu yang berkerjaya.. galakan dari husband antara salah satu faktor saya dapat meneruskan penyusuan susu ibu sehingga kini.



----------------> STOK EBM DAMIA <-----------------------------------

Jadi secara kesimpulannya,. menyusukan anak kita sendiri dgn susu sendiri adalah satu kepuasan dan satu kenikmatan yang x terhingga. Anak adalah anugerah Tuhan kepada kita,. jadi kita sebagai ibu hendaklah memberi yang terbaik untuk anak
kita.. kan?? Hanya kita sendiri yang tahu perasaan apabila melihat anak membesar dgn sihat.. akhir kata..percaya apa yang mampu anda lakukan.. sokonglah penyusuan susu ibu.. !!


p/s: semua penulisan adalah luahan rasa hati sendiri.. xde niat pun untuk menyinggung perasaan sapa2 k.. :P

2 comments:

  1. SALAM, thanks join contest ni hehe.

    heheh izz.. nama ank sdare kita pun izz, tapi izz irsyad hehe.

    ok goodluck. insyALLAH dpt ke PHD

    ReplyDelete
  2. wassalam..

    izz damia leh la kawan ngan izz irsyad yer..hehe.

    tq. mudah-mudahan ke PHD nanti. :)

    ReplyDelete